Suatu masa dahulu,terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya,dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya.Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… Suatu hari,budak remaja itu kembali.Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.”Aku tiada masa untuk bermain.Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.”Maafkan aku.Aku tidak mempunyai rumah.Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu,budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.