Friday, January 6, 2012

lelaki yg sentiasa berlapang Dada

Daripda Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w bersabda bahawa sesungguhnya ada seorg lelaki
yg tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa
memberi hutang kepda org lain.
suatu hari dia berkata kepda hambanya,
'ambillah berapa pun yg disimpan ,
jangan menyusahkan org dan sering la memberi maaf.
muda-mudahan allah mengampuni kita'


setelah lelaki itu meninggal dunia allah s.w.t bertanya.
'adakah kamu pernah berbuat baik'? dia dengan jujur
menjawab, 'tidak,cuma aku mempunyai seorang pembantu
dan aku biasa memberikan hutang kepda org lain,
ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang,
selalu saja aku berpesan kepdanya ,'ambillah berapa
pun yg dia berikan ,jgan menyusahkan org dan selalulah memaafkan
org lain,mudah mudahan allah mengampuni kita'''kemudian allah berfirman,
"cukup, aku telah mengampunimu"""

Tuesday, May 17, 2011

kisa sepohon epal buat renungan remaja

Suatu masa dahulu,terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya,dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya.Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu…budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja.Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu,suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.”Aku bukan lagi kanak-kanak,aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,”jawab budak remaja itu.”Aku mahukan permainan.Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu,petiklah epal-epal yang ada padaku.Jualkannya untuk mendapatkan wang.Dengan itu,kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ.Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu… Suatu hari,budak remaja itu kembali.Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.”Aku tiada masa untuk bermain.Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.”Maafkan aku.Aku tidak mempunyai rumah.Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu,budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

KAFILAH - Selagi Ada Sang Suria

Search-Cinta Sepi

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meskipun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman


Tiada ertinya apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu dipusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman



Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu dipusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berser